Pages

Isnin, 5 Oktober 2009

Majlis Penyampaian Sijil Latihan Jangka Pendek Seramik dan Tekatan 2009 serta Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Pada tarikh 30 September 2009 pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Perak telah menganjurkan Majlis Penyampaian Sijil Latihan Jangka Pendek Seramik dan Tekatan 2009 serta Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiltri. Untuk makluman,  seramai 65 orang pelatih telah terpilih untuk menyertai kursus Latihan Jangka Pendek di Kraftangan Malaysia Cawangan Perak di dalam bidang Penyedian Bahan Seramik, Seramik Industri dan juga Tekatan Benang Emas. Tetapi hanya seramai 45 orang pelatih sahaja yang berjaya menamatkan kursus ini.

Majlis ini juga telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Tuan Haji Shahrudin bin Haji Mohd Nor yang telah berbesar hati untuk turut sama menjayakan Majlis ini serta turut dihadiri oleh ibu bapa para pelatih dan juga dif jemputan dari Agensi di bawah Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.















Agensi Kerajaan dan Ibu Bapa Pelatih yang hadir















Persembahan pembukaan dari pelatih Tekatan.



dari kiri, En.Mohd Nursalman bin Shahbudin, En. Abdul Jamil bin Osman dan Tuan Haji Shahrudin bin Haji Mohd Nor serta Tuan Haji Yusop bin Muri

Pengerusi Majlis.


Ucapan Ketua Pelatih Latihan Jangka Pendek.


Ucapan daripada Tuan Haji Yusop bin Muri (Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak)


Ucapan dan perasmian daripada Tuan Haji Shahbudin bin Haji Mohd Nor ( Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia)





Tuan Haji Shahrudin bin Haji Mohd.Nor diiringi Tuan Haji Yusop bin Muri menyampai sijil kepada para peserta Latihan Jangka Pendek Seramik dan Tekatan.




Para peserta membuat persembahan.


Tuan Haji Shahrudin bin Haji Mohd Nor menyampaikan Sijil Penghargaan Tempat Ketiga Pertandingan Produk Kraftani sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2009 kepada En Mohd Hiffni di dalam pertandingan Produk Kraftani Berasaskan Rotan Anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.


Tuan Haji Yusop bin Muri menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Shahrudin bin Haji Mohd Nor tanda penghargaan diatas kesudian beliau meluangkan masa menghadiri Majlis yang dilangsungkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan