Pages

Isnin, 9 Ogos 2010

Agrofest 2010

Program Agrofest 2010 telah berlangsung dari 05 - 08 Ogos 2010 bertempat di Tapak Info Ternak Sg Siput. Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia,  Y.A.B. Tan Sri Muhyiddin bin Yassin. Kraftangan Malaysia telah diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri supaya menjadi tuan rumah Pavillion Kraftani. Pavillion ini juga disertai oleh 2 agensi persekutuan iaitu Felda dan Risda. Antara produk yang dibawa oleh para usahawan ialah kraf daun getah, kraf anyaman, seramik dan juga kayu. Tema yang digunakan oleh Pavillion Kraftani ialah Kreatif dan Inovatif. Tahniah diucapkan kepada semua agensi dan juga kakitangan yang banyak membantu didalam menjayakan program ini. 














2 ulasan:

  1. Banyaknya benda menarik, termasuk anyaman yang saya suka. Ruginya tak sempat nak pergi. :)

    BalasPadam
  2. mmg rugi sgt sape yg xdpt pg hee

    BalasPadam