Pages

Selasa, 21 Mei 2013

HEBAHAN PENGAMBILAN PESERTA LATIHAN JANGKA PENDEK (LJP) KRAF TEKATAN (TEKAT BENANG EMAS DAN TEKAT GUBAH) SESI JULAI – DISEMBER 2013


Sukacita dimaklumkan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak akan mula menjalankan Latihan Jangka Pendek (LJP) bagi Kraf Tekatan selama 6 bulan bermula pada 01  Julai – 31 Disember 2013.

Sehubungan itu, pihak Kraftangan Malaysia Cawangan Perak berbesar hati menjemput individu – individu yang berkelayakan dan mempunyai minat dalam penghasilan produk kraftangan untuk memohon latihan ini dengan mengisi borang permohonan penyertaan yang disediakan. Tuan / Puan juga dialu – alukan untuk menghebahkan tawaran ini kepada individu atau kenalan tuan / puan yang berminat serta berpotensi untuk turut serta dalam latihan ini. Borang permohonan dan syarat – syarat penyertaan adalah pautan di bawah. Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 JUN 2013.

Sekiranya pihak tuan / puan mempunyai sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi urusetia pengambilan iaitu Puan Mai Hafizatul @ Encik Mohd. Adnan di talian 05 – 7576200 atau 05 - 7576201

Muat Turun Borang Permohonan melalui link ini : 



       Gambar - Gambar Latihan Terdahulu :








Rabu, 20 Februari 2013

HARI KRAF KEBANGSAAN 2013

Kraftangan Malaysia akan menganjurkan Hari Kraf Kebangsaan pada 27 Februari hingga 11 Mac 2013 bertempat di Kompleks Kraf Kuala Lumpur. Ini merupakan penganjuran kali ke-11 bermula tahun 2003.

Majlis Perasmian pada tahun ini akan diadakan pada 4 Mac 2013 yang akan dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajah Haminah Binti Haji Hamidun.

Melibatkan hampir 500 usahawan kraf seluruh Malaysia dengan menghimpunkan hasil seni produk kraf tempatan yang berkualiti, berinovasi dengan rekaan motif-motif kraf yang terkini bagi kegunaan masyarakat tempatan dalam penggayaan hidup masa kini. Pelbagai aktiviti menarik yang mampu menggamit hati pengunjung.

MASUK ADALAH PERCUMA!


Rabu, 19 Disember 2012

PROMOSI KRAF MALAYSIA 2012 - TAIPING SENTRAL MALL

Kraftangan Malaysia Cawangan Perak akan menganjurkan Promosi Kraf Malaysia Perak bermula pada 20 hingga 25 Disember 2012, jam 10.00 pagi-10.00 malam di Kraftangan Malaysia Cawangan Perak, KM 40 Ipoh 36000 Engggor Perak.


Pelbagai aktiviti diatur sempena promosi ini seprti jualan kraf, demonstrasi pembuatan produk kraf, pertandingan dan cabutan bertuah.  Sehubungan dengan ini Yang Berbahagia Datuk / Dato' Seri/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan dijemput hadir untuk meraikan promosi ini daan masuk adalah percuma.  Keterangan lanjut sila hubungi Kraftangan Malaysia Cawangan Perak di talian 05-7576200.

Jumaat, 9 November 2012

PROGRAM PENDIDIKAN KRAF PERDANA 2012

Pada 6 November 2012 telah berlansung nya program Pendidikan Kraf Perdana 2012 bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak. Program anjuran kali ke-2 di Negeri perak ini telah disempurnakan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Perak En So'hibul Azri bin Ahmad yang mewakili Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia En Mohd Kamil bin Mohd Ali. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 309 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah, mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam serta ali persatuan Badan Bukan Kerajaan Negeri Perak

Penganjuran program ini merupakan usaha berterusan Kraftangan Malaysia memberi kesedaran, pendedahan dan pengetahuan kepada generasi muda di Negeri Perak berkaitan kraf-kraf yang terdapat di Malaysia disamping mendidik masyarakat menghayati dan mencintai Kraf Warisan Malaysia.

Pengisian utama aktiviti Pendidikan Kraf pada kali ini memberi penekanan kepada teknik-teknik asas pembuatan produk Kraf Tembikar dan Batik secara 'Hands On' kepada para peserta, malah peserta juga berpeluang menghasilkan sendiri produk Kraf dengan bimbingan tenaga pengajar yang berpengalaman. Bagi Produk Tembikar, para peserta diajar tentang aspek pembentukan,penghasilan dan kemasan hiasan permukaan seperti teknik gurisan. Bagi peserta yang memilih aktiviti Pendidikan Produk Batik pula, mereka akan diberi bimbingan teknik melukis dan mencanting batik. Berikut beberapa gambar semasa Program berlansung
















Jumaat, 19 Oktober 2012

MAJLIS TAKLIMAT KESELAMATAN DAN ISU SEMASA

Pada 16 Oktober 2012 lalu telah berlansung nya satu Majlis Taklimat Keselamatan dan Isu Semasa anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara bertempat di Dewan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak. Taklimat ini dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Perak iaitu Tuan Haji Muhamad Aszahari bin Abdul Rahman. Taklimat ini telah dihadiri hampir 200 peserta yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan juga orang awam. Gambar-gambar program adalah seperti di bawah.