Pages

Rabu, 16 September 2009

Ceramah Sempena Bulan Ramadhan

Pada hari Khamis, 10 September 2009, Kraftangan Malaysia Cawangan Perak telah menjemput Ustaz Mohd Radzi bagi mengisi slot ceramah sempena bulan Ramadhan.Beliau adalah seorang guru ugama yang pernah berkhidmat di SM Clifford dan SM Tun Perak. Beliau kini telah bersara dan menyambung khidmatnya di Sek. Agama Bantuan Kerajaan di Padang Rengas, Perak. Ceramah hampir satu jam setengah ini berkisar tentang tanggungjawab kepada ke dua ibubapa. 
 
 
 
Ustaz Mohd Radzi turut memberikan beberapa contoh sebenar tentang kejayaan dan penghormatan yang diterima oleh anak-anak yang sentiasa menghormati dan berbakti kepada dua ibubapa walaupun mereka sendiri sudah mempunyai tanggungjawab karier dan keluarga. Sebagaimana mereka sentiasa memberi kemudahan kepada ibu bapa, sebagaimana itulah tuhan memberi kemudahan kepada mereka di dalam apa jua urusan.   

Ceramah beliau telah dihadiri oleh kakitangan, peserta-peserta LJP,SKK dan juga pekerja dan pengurus inkubator dengan jumlah kehadiran oleh kira-kira 80 orang peserta. Ianya berakhir pada jam 12.20 tengahari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan