Pages

Rabu, 16 September 2009

Gotong-royong Menyediakan Juadah Berbuka

Atas inisiatif pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak, Tn Haji Yusop bin Muri, satu program gotong royong telah diadakan bagi menyediakan juadah berbuka puasa.


Tujuan utama diadakan aktiviti ini adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim dan sifat saling bekerjasama diantara semua warga PKKM Cawangan Perak samada kakitangan ataupun tidak.   





Dua menu utama telah dirancang iaitu menyediakan bubur lambuk dan rendang ayam. Sebanyak 25 ekor ayam dan 30 kilo beras telah digunakan. 

Aktiviti yang telah diadakan pada hari Rabu, 09 September 2009 ini berakhir pada jam 4.00 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan