Pages

Rabu, 23 Disember 2009

PROGRAM KEMBARA KRAF WARISAN LABU SAYONG

Dari 21 - 25.11.2009, telah berlangsung Program Kembara Kraf Warisan Labu Sayong di Kg Sayong, Kuala Kangsar. Aktiviti ini berlangsung selama 5 hari melibat kan para pelajar dari Negeri Sembilan. Seramai 31 pelajar dan 5 orang guru turut serta selama program ini diadakan.
Program ini diadakan untuk merapatkan lagi silaturahim dan mendedahkan kepada para pelajar asal usul cara pembuatan lama labu sayong serta memberi pengalaman kepada para pelajar untuk membuat sendiri labu menggunakan kaedah lama. Selain itu seramai 6 orang tenaga pengajar digunakan untuk membimbing para pelajar kaedah membuat labu sayong. Tenaga pengajar terdiri daripada  usahawan dan juga inkubator di Kraftangan Malaysia Cawangan Perak. Berikut gambar-gambar semasa aktiviti dilaksanakan.












































Tiada ulasan:

Catat Ulasan