Khamis, 23 Februari 2012

LAWATAN PENGERUSI KRAFTANGAN MALAYSIA KE PKKM CAWANGAN PERAK

Tanggal 14 Februari 2012,PKKM Cawangan Perak telah menerima satu kunjungan yang sangat istimewa, di mana Pengerusi Kraftangan Malaysia, Dato Sohaimi Shahadan, telah sudi hadir ke sini. Kami warga kerja PKKM Cawangan Perak amatlah berbesar hati menerima kunjungan dari beliau.


..serius memperkatakan sesuatu...

Dalam kunjungan beliau,kami sempat berkenalan antara satu sama lain, di samping itu juga, beliau berkongsi pengalaman beliau semasa pernah menjadi ahli perniagaan dahulu. Beliau juga sempat menyampaikan beberapa amanat, dan juga harapan kepada kami untuk bersama-sama beliau untuk membangunkan Kraftangan Malaysia.Beliau sempat juga melawat beberapa usahawan inkubator dan juga usahawan di Kuala Kangsar. Dan sempat juga menjamu juadah bersama-sama kami.


...menerima cenderakraf daripada En.Ibrahim,empunya Techno Ceramic...


...melihat hasil kerja En.Cukri,empunya Intan Collection Ceramic...


...melihat Pn.Rosliza,membuat demo tekatan benang emas...


...mencuba membuat seramik teknik throwing di bengkel Keyzek Kraf,Kepala Bendang,Sayong...


...melawat bengkel serta showroom Citra Seramik di Kuala Kangsar...


...menikmati juadah tengah hari di Dewan Serbaguna, PKKM Cawangan Perak...


...menerima cenderakraf daripada pihak PKKM Cawangan Perak sebagai tanda-tanda kenangan dari pihak kami...

satu pantun untuk Dato...

BELI BUAH DELIMA DI PEKAN,
BALIK KE RUMAH DI WAKTU TENGAHARI,
KEDATANGAN DATO KAMI ALU-ALUKAN,
ADA MASA DATANGLAH LAGI.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan