Selasa, 17 April 2012

LAWATAN PELAJAR KE PKKM CAWANGAN PERAK

Pada hari ini 17 April 2012 seramai 75 pelajar daripada 2 buah sekolah iaitu Sek. Men Methodist Ipoh dan juga Sek. Men Felda Lasah telah melakukan lawatan sambil belajar di PKKM Cawangan Perak. Antara aktiviti yang dijalankan, pelajar akan didedahkan dengan sejarah Kraftangan Seramik, Batik dan juga Tekat. Pelajar juga telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan mereka mempelajari sejarah dan pembuatan Kraftangan yang terdapat di PKKM Cawangan Perak. Semoga dengan lawatan sambil belajar ini pelajar akan dapat menambah pengetahuan didalam bidang yang berkaitan di sekolah mereka dan juga menjadi pelajar yang berwawasan.

P/S: kepada pihak sekolah yang berminat untuk melakukan lawatan sambil belajar di PKKM Cawangan Perak boleh menghubungi no berikut di talian 05-7576200 dan berhubung dengan pegawai kami Puan Mai Hafizatul terima kasih.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan