Rabu, 17 Februari 2010

Program Wacana 1Malaysia di PKKM Cawangan Perak

Pada 9 Februari 2010 lalu telah berlangsung program Wacana 1 Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perak di Dewan Serbaguna Kraftangan Malaysia Cawangan Perak. Program mengenai Wacana 1 Malaysia adalah untuk menerangkan dengan lebih jelas lagi hala tuju dan maksud 1 Malaysia yang telah diwar-warkan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Program ini melibatkan ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai serta kakitangan di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.YB Dato' Joseph Salang Gandum, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan telah berbesar hati merasmikan Program Wacana 1 Malaysia ini.  Berikut adalah gambar-gambar yang berkaitan :-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan