Pages

Khamis, 14 Januari 2010

Perjumpaan, Taklimat dan Lawatan oleh Encik Ramli bin Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) di PKKM Cawangan Perak

Pada 13.01.2010 bertempat di bilik mesyuarat PKKM Cawangan Perak satu taklimat ringkas dan majlis suai kenal bersama kakitangan PKKM Cawangan Perak telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) iaitu Encik Ramli bin Mohd Nor. Taklimat yang diberikan adalah berkaitan dengan bagaimana kakitangan PKKM Cawangan Perak perlu melakukan kerja secara profesional untuk menaikkan lagi produk-produk kraf serta dapat membantu usahawan-usahawan di Negeri Perak supaya dapat menghasilkan sesuatu produk yang bermutu serta berkualiti. Turut disentuh adalah tentang perlunya semua sumber yang ada digunakan secara optimum. Semua anggota kerja perlulah lebih prihatin untuk mengelakkan sebarang unsur-unsur pembaziran. Selain itu juga Encik Ramli sempat membuat lawatan untuk melihat dengan lebih dekat Kraftangan Malaysia Cawangan Perak. Berikut gambar-gambar yang berkaitan :-





































Tiada ulasan:

Catat Ulasan