Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Sejarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak bermula apabila ia mula ditubuhkan pada tahun 1974 sebagai Pusat Perusahaan Tembikar, Lembaga Kraftangan Malaysia bertempat Bersebelahan Jambatan Iskandar, Enggor Kuala Kangsar. Pada tahun 1979, operasi PKKM Perak berpindah ke Lokasi baru iaitu di KM. 40, Jalan Ipoh, Enggor Kuala Kangsar. Bangunan PKKM Perak yang baru telah dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat pada 14 Mac 1991.
PKKM Perak merupakan Cawangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Antara fungsi utamanya adalah bagi memartabatkan lagi industri kraf tempatan dari sudut keusahawanan, pembuatan, promosi dan rekacipta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan