Pages

Isnin, 18 Jun 2012

Makmal Teknikal Kemasan On/Under Glaze dan Aplikasi Decal

Pada 11-15 Jun 2012 yang lalu telah berlansungnya Makmal Teknikal Kemasan On/Under Glaze dan Aplikasi Decal di Kraftangan Malaysia Cawangan Perak anjuran Unit Seramik Bahagian Rekaan Ibu Pejabat. Antara objektif makmal ini ialah;

  • Memperkenalkan rekaan baru yang dapat memperlihatkan ketekunan dan menjana ekonomi pengusaha seramik.
  • Memberi pendedahan kepada pengguna tentang idea dan kreativiti dalam menghasilkan rekaan yang dapat memenuhi keperluan pasaran semasa.
  • Meningkatkan kreativiti dan inovasi dalam kepelbagaian pembanggunan rekaan baru, penggunaan bahan, teknik pengeluaran baru dalam memenuhi pasaran semasa.
seramai 23 usahawan dan juga kakitangan telah terlibat didalam Makmal ini. Diharap dengan Makmal ini usahawan dapat mengaplikasikan teknik yang telah dipelajari untuk memenuhi keperluan pasaran semasa.

Ucapan Perasmian oleh Pengarah PKKM Cawangan Perak











sebilangan peserta dan kakitangan yang menyertai Makmal


Tiada ulasan:

Catat Ulasan