Jumaat, 15 April 2011

Kelebihan Hari Jumaat

alhamduliliah hari jumaat ini kita masih diberi peluang oleh ALLAH S.W.T untuk menghirup udara segar di pagi hari.Diharapkan dengan kelebihan hari jumaat ini kita dapat mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T serta dapat menjalankan tugas dengan amanah yang diberi.


Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari jumaat dan hari jumaat mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut:
  • Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
  • Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi Allah.
  • Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
  • Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.
  • Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
  • Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
  • Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam seminggu.
  • Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
  • Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan