Pages

Khamis, 16 Disember 2010

DYMM Raja Perempuan Perak, Tuanku Bainun melawat Kraftangan Cawangan Perak

16.12.2010- DYMM Raja Perempuan Perak berkenan  mencemar duli untuk melawat ke Pejabat Kraftangan Cawangan Perak. DYMM Raja Perempuan Perak tiba lebih kurang jam 10.30 pg dengan diiringi oleh tetamu-tetamu lain. DYMM telah membuat lawatan ke Galeri Kraf Warisan dan juga ke Makmal Kajian di PKKM Cawangan Perak. DYMM meluangkan masa lebih kurang hampir 1jam 30 minit untuk melihat sendiri hasil-hasil kraftangan seperti pembuatan Tekatan dan juga Pembuatan Seramik. Pihak Kraftangan mengucapkan ribuan terima kasih kepada DYMM Raja Perempuan Perak kerana sudi melawat ke Kraftangan Malaysia Cawangan Perak




Ketibaan DYMM Raja Perempuan Perak


DYMM Raja Perempuan Perak
 dan tetamu mendegar taklimat


DYMM Raja perempuan Perak melawat Galeri Kraf Warisan


Encik Ahmad fadzil bin Zakaria memberi sedikit penerangan
kepada DYMM Raja Perempuan Perak


DYMM Raja Perempuan Perak melihat produk Tekatan


DYMM Raja Perempuan Perak melihat demonstrasi pembuatan Tekatan


DYMM Raja perempuan Perak dan tetamu menjamu selera


Cenderahati dari PKKM Cawangan perak kepadaDYMM Raja Perempuan Perak


Kakitangan PKKM Cawangan Perak bergambar dengan DYMM Raja Perempuan Perak.




 
AMPUN TUANKU












Tiada ulasan:

Catat Ulasan