Pages

Isnin, 30 Mei 2011

PROMOSI KERJA KAHWIN 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kraftangan Malaysia, sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) sedang mengadakan  Promosi Kerja Kahwin 2011 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay pada 26 May hingga 06 Jun  2011, mulai 10.00 pagi hingga 8.00 malam.   


Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh Kraftangan Malaysia di sepanjang Promosi Kerja Kahwin 2011, antaranya jualan produk kraf, produk dan perkhidmatan perkahwinan, pameran kerja kahwin, demonstrasi dan interaktif perkahwinan, manifestasi perkahwinan Malaysia serta alunan muzik perkahwinan Malaysia. Sehubungan itu,  Kraftangan Malaysia amat berbesar hati menjemput tuan/puan dan kumpulan untuk menyaksikan serta mendapatkan pelbagai produk kraf dengan harga tawaran menarik sepanjang promosi tersebut berlangsung.



DATANG LAH BERAMAI-RAMAI KE KOMPLEKS KRAF KUALA LUMPUR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan