Isnin, 25 April 2011

BENGKEL BIMBINGAN TEKNIKAL TEKNIK PEMBAKARAN HITAM

Pada 20-22 April lalu telah berlansungnya bengkel bimbingan teknikal teknik pembakaram hitam, seramai 21 usahawan telah terlibat didalam bengkel ini. bengkel ini telah diadakan di PKKM Cawangan Perak. Matlamat bengkel ini adalah untuk memartabatkan kembali teknik tradisional dan juga untuk memberi pendedahan kepada usahawan-usahawan baru. usahawan-usahawan telah diajar teknik Meluru,Stamping, dan juga Carving. selain itu usahawan juga telah didedahkan dengan cara pembakaran tradisional ataupun pembakaran terbuka. diharap dengan bengkel selama 3 hari ini dapat memberi pendedahan baru kepada usahawan Kraf Seramik.



 Pengarah merasmikan bengkel

Usahawan Puan Aspaliza sedang melakukan teknik meluru 

Teknik Carving 

Proses menyalai Labu 

labu yang dibakar dimasukkan kedalam habuk kayu/serkam padi 

Labu yang dibakar pada suhu 850c -900c 

Proses penghitaman Labu 

Antara labu yang telah melalui proses pembakaran hitam 

Usahawan dan kakitangan sedang meyusun buluh/kayu untuk melakukan pembakaran terbuka/teknik tradisional 


Proses penghitaman labu 

pembakaran menggunakan Roller kiln 

labu didalam roller kiln 

Proses membersihkan labu 

hasil produk yang telah siap melaui proses pembakaran hitam

Jumaat, 22 April 2011

Tazkirah Jumaat

KELEBIHAN BERSEDEKAH


“Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, (kalau tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” (Al-Munafiquun : 10)

HURAIAN

Sedekah berasal dari kata shadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam. Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material. Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.


PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN

"Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya". (Al-Baqarah : 261)
DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK

Maksud sabda Rasulullah saw : "Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya" (H.R. Tabrani)

MENOLAK BALA BENCANA

Maksud sabda Nabi saw : "Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah" (H.R Al-Baihaqi)
SELAGI PELUANG MASIH ADA…

Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu (H.R Al-Bukhari).

Jumaat, 15 April 2011

Kelebihan Hari Jumaat

alhamduliliah hari jumaat ini kita masih diberi peluang oleh ALLAH S.W.T untuk menghirup udara segar di pagi hari.Diharapkan dengan kelebihan hari jumaat ini kita dapat mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T serta dapat menjalankan tugas dengan amanah yang diberi.


Sesungguhnya Allah S.W.T. telah memuliakan hari jumaat dan hari jumaat mempunyai fadhilat atau kelebihan yang banyak antaranya seperti berikut:
  • Hari jumaat merupakan penghulu segala hari.
  • Ia mempunyai kemuliaan yang agung disisi Allah.
  • Pada hari jumaat jugalah penduduk syurga diberi keizinan untuk menziarahi Allah.
  • Pada hari jumaat akan berlaku kiamat.
  • Pada hari jumaat Allah menciptakan Nabi Adam a.s.
  • Pada hari jumaat terdapat saat ijabah iaitu saat diperkenankan doa secara mutlak, sedangkan saat ijabah itu disamarkan pada hari-hari lain.
  • Hari istimewa bagi hari-hari yang ada didalam seminggu.
  • Sebaik-baik hari yang matahari itu terbit padanya.
  • Allah S.W.T. akan membebaskan pada hari itu seramai 600,000 (enam ratus ribu) orang dari seksaan api neraka.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat atau pada malamnya, Allah catat dia dengan memperolehi pahala seperti pahala orang yang mati syahid.
  • Sesiapa yang mati pada hari jumaat dan malamnya, terselamat dia dari seksa kubur.

Khamis, 14 April 2011

Mesyuarat bengkel Bimbingan Teknikal Teknik Serkam 20-22 April 2011

Pada jam 9.00 pagi td telah berlangsung nya mesyuarat bengkel bimbingan teknikal dengan kakitangan PKKM Cawangan Perak untuk usahawan seramik pada 20-22 april 2011 di PKKM Cawangan Perak. Objektif bimbingan teknikal ini adalah untuk memberi pendedahan kepada usahawan didalam teknik serkam ataupun pembakaran hitam serta untuk menaikkan kembali martabat kraf tradisional. antara usahawan yang terlibat didalam bengkel bimbingan teknikal ini ialah usahawan yang tidak pernah membuat teknik serkam serta usahawan-usahawan baru. semasa mesyuarat pengerusi telah membahagikan tugas kepada kakitangan PKKM Cawangan Perak untuk menjayakan bengkel ini.

 En Yusof sedang menberi penerangan

 antara kakitangan yang terlibat
 En rusdiy sdang khusyuk menyalin amanat dari pengarah


Program Pendidikan Kraf

pada 13 april 2011 telah berlansungnya program pendidikan kraf anjuran unit pasaran & promosi PKKM Cawangan Perak. program ini telah di anjurkan di PKKM Cawangan perak. Seramai 30 pelajar dan 11 guru dari SMK Bukit Jana Kamunting menyertai program ini. Pelajar yang menyertai program ini adalah pelajar pendidikan khas integrasi ataupun pelajar-pelajar istimewa. diharapkan dengan pembelajaran yang berguna ini pelajar-pelajar istimewa ini dapat mengembangkan kemahiran dan juga dapat mengembirakan mereka.

 
pelajar-pelajar sedang menjamu selera

     guru dan pelajar sedang mencuba teknik coiling                                           

                                              

    guru-guru dan pelajar sedang melawat kawasan PKKM Cawangan Perak                    

Selasa, 12 April 2011

Kursus pembuatan Tembikar, Guru-Guru Pendidikan Seni Visual Daerah Larut Matang Selama

Pada 30 & 31 Mac lalu telah berlangsung nya kurus pembuatan tembikar yang melibatkan guru-guru Pendidikan Seni Visual Daerah Larut Matang Selama. Seramai 54 orang guru yang terlibat mengikuti kursus 2 hari ini di PKKM Cawangan Perak.Berbagai teknik telah diajar kepada guru-guru ini antaranya ialah teknik glaze dan juga throwing. berikut adalah gambar-gambar peserta yang terlibat.