Khamis, 16 Disember 2010
DYMM Raja Perempuan Perak, Tuanku Bainun melawat Kraftangan Cawangan Perak
16.12.2010- DYMM Raja Perempuan Perak berkenan mencemar duli untuk melawat ke Pejabat Kraftangan Cawangan Perak. DYMM Raja Perempuan Perak tiba lebih kurang jam 10.30 pg dengan diiringi oleh tetamu-tetamu lain. DYMM telah membuat lawatan ke Galeri Kraf Warisan dan juga ke Makmal Kajian di PKKM Cawangan Perak. DYMM meluangkan masa lebih kurang hampir 1jam 30 minit untuk melihat sendiri hasil-hasil kraftangan seperti pembuatan Tekatan dan juga Pembuatan Seramik. Pihak Kraftangan mengucapkan ribuan terima kasih kepada DYMM Raja Perempuan Perak kerana sudi melawat ke Kraftangan Malaysia Cawangan Perak
Ketibaan DYMM Raja Perempuan Perak
DYMM Raja Perempuan Perak
dan tetamu mendegar taklimat
DYMM Raja perempuan Perak melawat Galeri Kraf Warisan
Encik Ahmad fadzil bin Zakaria memberi sedikit penerangan
kepada DYMM Raja Perempuan Perak
DYMM Raja Perempuan Perak melihat produk Tekatan
DYMM Raja Perempuan Perak melihat demonstrasi pembuatan Tekatan
DYMM Raja perempuan Perak dan tetamu menjamu selera
Cenderahati dari PKKM Cawangan perak kepadaDYMM Raja Perempuan Perak
Kakitangan PKKM Cawangan Perak bergambar dengan DYMM Raja Perempuan Perak.
AMPUN TUANKU
Selasa, 14 Disember 2010
Talian Internet dan telefon telah pulih
Pihak admin Kraftangan Malaysia Cawangan perak ingin meminta maaf diatas kesulitan yang telah dialami selama 1 bulan lebih ini kerana tidak mengemas kini blog PKKM Perak disebabkan masalah talian telefon dan Internet tidak berfungsi kerana kabel Telekom Malaysia telah di curi. InsyaALLAH pihak admin akan sentiasa mengemas kini blog PKKM Cawangan Perak dari semasa ke semasa.
Langgan:
Catatan (Atom)









