Isnin, 27 September 2010
Majlis Penyampaian Sijil Latihan Jangka Pendek & Sambutan Aidilfitri
Pada hari Rabu 22.09.2010, telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Latihan Jangka Pendek dan juga sambutan Aidilfitri di Kraftangan Cawangan Perak. Seramai 12 peserta dari bidang seramik dan juga tekat telah menerima sijil pada hari berkenaan. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah Kraftangan Cawangan Perak, Encik Ahmad Fazil bin Zakaria. Majlis juga turut dimeriahkan dengan jamuan sambutan Aidilfitri.
Rabu, 8 September 2010
Duit Raya
Kami warga kakitangan PKKM Cawangan Perak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kelab Sukan & Kebajikan PKKM Perak kerana telah berbesar hati memberi duet raya kepada semua kakitangan PKKM Cawangan Perak..
P/S: semoga kelab sukan PKKM Perak beri lebih lagi ea tahun depan hehe..
Raya Raya Raya.....
Isnin, 6 September 2010
Selamat Hari Raya
kami warga Kraftangan Malaysia Cawangan Perak ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat islam diMalaysia. Semoga lebaran kali ini memberikan sinar yang baru kepada kehidupan kita semua.
SELAMAT HARI RAYA.............
P/S: Kepada yang pulang ke kampung berhati-hati dijalan raya.
Jumaat, 3 September 2010
Tazkirah Agama
Tazkirah Agama anjuran Kelab Sukan & Kebajikan PKKM Cawangan Perak telah berjaya dianjurkan pada pagi 3/9/10. Penceramah yang dijemput untuk menyampaikan tazkirah ialah Ustaz Mohd Rais bin Adnan dari Kolej Islam Darul Ridzuan. Antara tajuk-tajuk yang disentuh oleh ustaz adalah bagaimana untuk menjadi seseorang baik di bulan ramadhan serta menghindarkan diri dari melakukan kemungkaran.
Rabu, 1 September 2010
Tapau Ramadhan
Pada khamis 26/8/2010 Kraftangan Malaysia Cawangan Perak telah menganjurkan program tapau ramadhan. Program ini disertai semua kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak. Kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan perak telah bergotong-royong untuk menjayakan program ini, antara menu yang telah di masak oleh kakitangan ialah, bubur lambuk,nasi tomato,ayam masak merah & jelatah. Menu yang telah siap dimasak diagihkan kepada Rumah anak-anak yatim,surau-surau serta kakitangan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak. Semoga dengan sumbangan tidak seberapa ini dapat memeberikan kegembiraan kepada anak-anak yatim ini.
Langgan:
Catatan (Atom)





















