Pada 18/05/2010 telah berlangsung Mesyuarat Pembangunan Bersama Ketua Pengarah di PKKM Cawangan Perak yang telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Pengarah Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, Pengarah Bahagian Pasaran & Promosi, Pengarah Bahagian Usahawan, Pengarah Bahagian Strategi Korporat dan Pengarah PKKM Cawangan Perak. Selepas bermesyuarat, ahli-ahli mesyuarat telah membuat lawatan di bengkel Inkubator serta bengkel Encik Rofi bin Sibun yang telah menerima bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi. Berikut adalah gambar-gambar yang berkaitan
Rabu, 19 Mei 2010
Mesyuarat Pembangunan Bersama Ketua Pengarah di PKKM Cawangan Perak
Pada 18/05/2010 telah berlangsung Mesyuarat Pembangunan Bersama Ketua Pengarah di PKKM Cawangan Perak yang telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Pengarah Bahagian Penyelidikan & Pembangunan, Pengarah Bahagian Pasaran & Promosi, Pengarah Bahagian Usahawan, Pengarah Bahagian Strategi Korporat dan Pengarah PKKM Cawangan Perak. Selepas bermesyuarat, ahli-ahli mesyuarat telah membuat lawatan di bengkel Inkubator serta bengkel Encik Rofi bin Sibun yang telah menerima bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi. Berikut adalah gambar-gambar yang berkaitan
Jumaat, 7 Mei 2010
Teknik Membuat Labu Sayong Cara Moden
Kepada para pengunjung yang ingin melihat cara Pembuatan Labu Sayong Cara Moden sila klik Link dibawah:
Teknik Membuat Labu Sayong Cara Moden
Teknik Membuat Labu Sayong Cara Moden
Rabu, 5 Mei 2010
Hari Bertemu Pelanggan
Pada 28.04.2010 Kraftangan Malaysia Cawangan Perak telah menyertai program Hari Bertemu Pelanggan anjuran Pejabat Daerah Kuala Kangsar bertempat di SMK Tun Perak, Padang Rengas. Majlis ini juga turut disertai oleh Menteri Besar Perak iaitu Dato' Dr Zamry Abdul Kadir yang telah merasmikan program ini. Dato' Dr Zamry Abdul Kadir juga turut meluangkan masa melawat dan juga membeli baju batik di gerai Kraftangan. Berikut adalah gambar-gambar yang berkaitan
Dato' Dr Zamry Abdul Kadir Menteri Besar Perak sedang memilih dan mencuba baju batik yang di jual di gerai kraftangan.
Menteri Besar Perak sedang menandatangani buku lawatan di gerai Kraftangan Malaysia Cawangan Perak sambil diperhatikan oleh Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perak, Encik Yusof bin Muri.

Langgan:
Catatan (Atom)